Friday 8 January 2016

I PHONE '5S' KU..

"Fuuhhh... nasib baik la ada cover yang keras ni. Kalau tak, habis la iphone 5s aku nii.." mengeluh panjang aku dibuatnya sambil mengutip iphone 5s ku yang jatuh di atas jalan sebab nak cepat sangat tadi.

Astaghfirullah.. Sepatutnya aku bersyukur kepada ALLAH bukannya sebab cover ni.

Aku pun meneruskan perjalanan sambil berfikir. Inilah KUASA SEDEKAH yang ALLAH nak bagi aku faham. Sebelum ni, aku hanya tahu saje, sedekah ini memang ajaib. Boleh mengangkat malapetaka atau perkara buruk.

Aku teringat, sebelum aku balik dari membeli barang tadi, aku ternampak seseorang yang sangat memerlukan. Aku menyeluk poketku untuk menghulurkan kepada dia. Hanya ada syiling saje. Maklumlah baru lepas membeli barang. Aku terus menghulurkan kepada orang itu.  

Alhamdulillah. Tak ku sangka, ALLAH bayar CASH terus kepadaku.Terima kasih YA ALLAH di atas perkara yang berlaku. Aku semakin YAKIN dengan KUASA AJAIB pada SEDEKAH.

.........................................................................................
MORAL OF STORY :

SEDEKAHLAH walaupun RM0.10. Anda akan rasai sendiri ajaibnya  kuasa sedekah itu.

Hari Jumaat yang berkat ni. JOM SEDEKAH.

NO akaun : 03027010014572
Nama Akaun : Tetuan Masjid Taman Lati.

#UstazAlMukhlisin
#MasjidAtTaqwaTamanLati

No comments:

Post a Comment