Sunday 30 August 2015

TADABBUR QUR’ANI REZEKI ALLAH



وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh)” (QS. Huud: 6)

RUTIN HARIANKU ALQURAN



Jom kita jadikan bacaan Alquran sebagai rutin harian kita.

Sepertimana kita jadikan surat khabar sebagai rutin harian kita.

Rasai dan alamilah sendiri ketenangannya.

#UstazAlMukhlisin

HIDAYAH


HAdiah paling besar Allah kurniakan kepada manusia ialah hidayah.


#UstazAlMukhlisin

SALAM BAHAGIA

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

#UstazAlMukhlisin

Tuesday 25 August 2015

ILMU ALQURAN



Malam ni, baru berkesempatan nak share Ilmu Quran. Sibuk sikit. Dua tiga hari ni.

1-Al-Quran diturunkan dalam tempoh 23 tahun.

2-Ayat Al-Quran diturunkan di Mekah selama 13 tahun.

3-Ayat Al-Quran diturunkan di Madinah selama 10 tahun.

4-Jumlah Juzuk dalam Al-Quran 30 Juzuk.

5-Jumlah Hizib dalam Al-Quran 60 Hizib.


#UstazAlMukhlisin

FORMULA HAMZAH WASAL



Hamzah wasal selepas dia huruf lam mati

Maka , Hamzah wasal dibaca

=Baris atas

Hamzah wasal selepas dia selain huruf lam mati

maka, kita kena tengok huruf yang ketiga 
(huruf yang ketiga dibilang dari hamzah wasal)

1)huruf yang ketiga berbaris atas@bawah

Maka , hamzah wasal dibaca

=baris bawah

CONTOH 
اصْلَوْهَا الْيَوْمَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ
Surah yaasin ayat 64

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
Surah Al-Fajr ayat 28

2)huruf yang ketiga berbaris depan (baris depan asal)

Maka, hamzah wasal dibaca 

=baris depan

CONTOH 

احْشُرُوا الَّذِينَ ظَلَمُوا وَأَزْوَاجَهُمْ وَمَا كَانُوا
 يَعْبُدُونَ
Surah As-Shoffat ayat 22


#UstazAlMukhlisin

BELAJAR BAHASA ARAB



DALAM BAHASA ARAB ADA 4 KATA "AMIN" YANG BERBEZA MAKNA

AMIN ( أَمِن )=AMAN

AAMIN ( آمِن ) =Minta Perlindungan

AMIIN ( أمِين ) = JUJUR

AAMIIN ( آمِين )=YA ALLAH, KABULKAN DOA KAMI


#UstazAlMukhlisin

Tuesday 18 August 2015

MAKAN TENGAH HARI



"Menuntut ilmu adalah taqwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang ulang ilmu adalah zikir,mencari ilmu adalah jihad" [Al-Ghazali]

Jadi,saya memilih untuk menyampaikan ilmu.

KELEBIHAN MEMBACA ALQURAN

Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#UstazAlMukhlisin



Sunday 16 August 2015

ILMU AGAMA DI MANA-MANA



ALI : Hebat ust sumbat gol tadi.

Ustaz Mad : Dah lama saya tak main bola ni. Ada la dekat 3 tahun.

Ali : Perghh!!! 3 tahun tak main, tapi stii Power ye ust. Tabik spring la.

Ustaz Mad : Ye la tu, saya nak sambung pasal haritu. Biografi Hafs. Imam qiraat bagi bacaan di Malaysia dan negara-negara lain.

Nama Hafs ialah Hafs bin Sulaiman bin Al-Mughirah.
Dia orang Kufah.Dia lahir pada 90 Hijrah. Wafat 180 Hijrah. Jadi berapa umur dia Ali.

Ali :180-90, senang je ust. 90 tahun.

Ustaz Mad : Gadak.

(Ali, masuk ni. Tak ada orang nak keeper ni)
Bunyi panggilan dari dalam gelanggang futsal.

Ali : Ustaz masuk dulu la. Saya dah pancit ni.

Ustaz : Aiwah3. 

Sapa nak saya share lagi pasal ilmu
Say,"Ana".


Saturday 15 August 2015

GURAU SENDA BERILMU

Ali : Ust, sedap la makan pulut durian semalam ye. Favourite saya tu.

Ustaz Mad : Apa la , awak ni. Ingatkan nak bagitahu sedap forum Qiraat semalam.

Ali : Gurau je ust. Share la sikit ust. Satu pun, saya tak faham.

Ustaz Mad : Ye la tu. Macam ni,
semalam dia bincang pasal apa itu QIRAAT.

QIRAAT dari segi bahasa:
 berasal dari perkataan jama' قراءة iaitu berasal dari masdar atau kata terbitan قرأ yang bermaksud bacaan. 

Manakala dari segi istilah,

 QIRAAT merupakan suatu ilmu yang membincangkan tentang cara-cara menyebut kalimah al-Qur'an bersandarkan dari ulama'-ulama' qiraat. Ia juga merupakan satu bentuk bahasa dan sebutan yang diharuskan oleh Allah ta'ala untuk membaca al-Qur'an dengannya sebagai kemudahan kepada hambanya untuk beribadah.
Ilmu qiraat hanya membincangkan tentang kalimah-kalimah yang terdapat dalam al-Qur'an sahaja, iaitu dari segi keadaan-keadaan menyebut dengannya dan cara-cara bacaannya. 

CONTOHNYA:

apabila setiap huruf alif yang ditukarkan kepada huruf ya, Imam Hamzah, Kisaie, dan Kholaf akan membaca dengan imalah dan Imam Warsy akn membaca dengan taqlil dengan khilaf, seperti pada kalimah والضحى ، الهدى .  

CONTOH LAIN :

apabila setiap huruf ra' yang berbaris fathah atau kasrah yang terletak selepas huruf yang berharakat kasrah atau ya' yang sukun, Imam Warsy akan membaca dengan nipis. Contohnya خير ، لن نصبر dan sebagainya.

Ali : Maaf mencelah di tengah jalan highway kejap.

Ustaz Mad :Ada-ada je awak ni. (hehe) Apa dia?

 Ali : (hehe)Qiraat yang kita baca nama imam apa ustaz?

Ustaz Mad : Riwayat Imam Hafs 'an 
'Asim berlandaskan thoriq As-syatibiyyah. Biografi dia nanti ustaz cerita lain ye. 
Ustaz nak pergi di Bank.

Ali : Jangan lupa belanja saya ustaz, tengah hari ni. Nasi ulam Cikgu cicah Sambal Belacan Hotzzz ustaz. (Hehe)
Gurau je ustaz.

Ustaz Mad : Tengah hari nanti saya call awak. hehe (Senyum tanda setuju)
assalamualaikum


 Ali : Ok, ustaz. Waalaikumussalam.


#UstazAlMukhlisin




BACAAN FATIHAH PALING OHSEMM



====Sheikh Mahmud Khalil Al-Husairy====

Friday 14 August 2015

SEMBANG NASI KERABU



Berpagi-pagi lagi, Ustaz Mad dan Ali pergi makan nasi kerabu golok. Selesai mereka makan, Ali pun bertanya Ustaz Mad.

Ali :Ustaz, sambung la pasal semalam.

Ustaz Mad :Ingatkan awak tak nak tanya dah, sebab dah kena nasi kerabu ni. Hehe

Ali :(Hehe)

Ustaz Mad :Macam ni, Ali

Hukum mempelajari ilmu Tajwid adalah FARDHU KIFAYAH. Ini artinya, mempelajari ilmu Tajwid secara mendalam tidak diharuskan bagi setiap orang, tetapi cukup diwakili oleh beberapa orang saja. Namun, jika dalam suatu kaum tidak ada seorangpun yang mempelajari ilmu Tajwid, berdosalah kaum itu.


Adapun hukum membaca al-Quran dengan Tajwid adalah FARDU 'AIN atau merupakan kewajiban peribadi.Apabila seseorang membaca al-Quran dengan tidak membaca dengan bertajwid, hukumnya berdosa.

Dalam kitab Hidaayatul Mustafid fii Ahkaamit Tajwid dijelaskan:
"Tidak ada perbezaan pendapat bahwasanya (mempelajari) ilmu Tajwid hukumnya fardhu kifayah, sementara mengamalkannya (tatkala membaca al-Quran) hukumnya fardhu 'ain bagi setiap Muslim dan Muslimah yang telah mukallaf".

Syeikh Ibnul Jazari dalam syairnya mengatakan:
"Membaca al-Quran dengan Tajwid , hukumnya wajib. Siapa saja yang membaca al-Quran tanpa memakai Tajwid, hukumnya dosa. Karena sesungguhnya Allah menurunkan al-Quran berikut Tajwidnya. Demikianlah yang sampai kepada kita dari-Nya"
Faham ke tak Ali?

Ali : Faham, Ust.

Ustaz Mad :Malam ni ada Forum Qiraat. Awak nk ikut tak? Dekat sana akan diceritakan lagi pasal Ilmu Qiraat dan sanad.Jom la.

Ali :Jom, Ust. Petang nanti saya ke rumah ust. Ilal liqa' .

Ustaz Mad : Ma'al salaamah.

#UstazAlMukhlisun






SEMBANG ROTI CANAI GEARBOX

Ali: Assalamualaikum, ust. 

Ustaz Mad: Waalaikumussalam, Ali.

Ali: Kaifa haluk ust?

Ustaz Mad: Alhamdulillah. Wah, dah gadak ye sekarang.

Ali: Hehe. Tak de la, ust.

Ustaz Mad: Ni mesti nak tanya apa-apa ni.

Ali: Ust ni... Cam taw-taw je. Kasyaf la ust.
Tak de, ust. Nak tanya pasal ilmu tajwid.
Boleh, ust terangkan apa itu ilmu tajwid?

Ustaz Mad: Ok.

Tajwid secara bahasa berasal dari kata jawwada, yujawwidu, tajwiidan yang artinya memperelokkan. 

Dalam pengertian lain menurut lughah, tajwid dapat pula diartikan sebagai "al-ityaanu biljayyidi" "segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan". 

Maka dari itu,Tajwid juga disebut juga dengan "Tahsin" yang artinya "Membaguskan", yaitu membaguskan bacaan al-Quran.

Sedangkan pengertian Tajwid menurut istilah adalah : 
"Ilmu yang memberikan segala pengertian tentang huruf, baik hak-hak huruf (haqqul harf) maupun hukum-hukum baru yang timbul setelah hak-hak huruf (mustahaqqul harf) dipenuhi, yang terdiri atas sifat-sifat huruf, hukum-hukum madd dan sebagainya. Sebagai contoh adalah tarqiq, tafkhim dan yang semisalnya"

Ali: Owh, macam tu rupanya ust.
Hukum belajar tajwid pula macam mana ust?

PAP! Tiba-tiba masjid blackout.

Ustaz Mad: Allahu Akbar!

Ali: Aduh. Baru syok layan ilmu.

Ustaz Mad: Tak pe la, Ali. Nanti esok saya sambung lagi. Nanti jangan lupa ingatkan saya ye.

Ali: Mestilah, saya ingatkan ust. Rasa dah semakin "Mabuk" dengan ilmu ni ust.
Lebih-lebih, ust yang syarahkan.

Ustaz Mad: Ada-ada je awak ni. Saya dah "masak" dengan perangai awak. 
Jom, saya belanja awak makan roti canai gearbox.

Ali: Jom

BERSAMBUNG

Alah, cam drama la plak. Ada bersambung-bersambung.



#UstazAlMukhlisun

Tuesday 11 August 2015

TIPS MURAH REZEKI TERBONGKAR



Setiap hari, saya berfikir. Apa ye, tips orang-orang berjaya murah rezeki?

Setiap kali jumpa orang-orang yang sudah berjaya. Perkara yang saya tidak ketinggalan untuk bertanya ialah apakah tips tuan berjaya dan murah rezeki?

Kesemua mereka akan menjawab dengan mudah tapi perlaksanaan kita sahaja yang malas.

Apakah tips itu?

Solat Sunat DHUHA.

Jom, kita amalkan amalan yang simple tapi "AWESOME" ini.

P/S Nak minta korang semua share dekat komen, apakah kesan dari solat Dhuha yang korang semua amalkan.

Sharing Is Caring
Caring Is Loving

#PenulisNewbie

#PeminatSambalBelacan

ASSALAMUALAIKUM

BISMILLAH,

Ya Allah,,,jadikanlah mereka yang membaca Blog Al-Quran Online ini,
hambamu yang soleh dan solehah,
Berkatilah mereka ya Allah,Limpahkanlah rezeki MU,
Kepada mereka ,Bhagiakanlah mereka.

Kuatkan iman mereka ,Berikan mereka kenikmatan beribadah,
Perkayakanlah mereka dengan ilmu,Hiasilah diri mereka dengan kesabaran,
Dan kasih sayang,Muliakanlah wajah mereka dengan ketakwaan,
Perindahkanlah fizikal mereka dengan kesihatan,

Mudahkanlah semua urusan mereka,
Ampuni segala dosa dan kesalahan mereka,
Jadikanlah mereka ahli syurga,

Aamiin ya rabbal Aalamiin.

Sunday 9 August 2015

STORYTELLING=STORY IN ALQURAN



Semua orang minat storytelling.

Kenapa ye?

Perkara ni buat Saya tertanya-tanya dalam 2,3 hari ni.

Alhamdulillah.

Akhirnya terjawab dalam Al-Quran.Memang betul la,kata Nabi S.A.W.

Jika kita ada masalah,atau persoalan kembalilah kepada Al-Quran.

Bagaimana Al-Quran menjawab persoalan saya ni.


Perasan tak kita.

Dalam Al-Quran banyak disebut cerita-cerita yang boleh diambil iktibar.

Kenapa cerita?

Kerana manusia ni,mudah mengambil iktibar atau ibrah melalui cerita.

Cerita yang sempurna dalam Al-Quran ialah Surah Yusuf.

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ.

Allah mulakan cerita dalam surah ni dengan,
Nabi Yusuf bertanya Ayahnya,Nabi Yakuub tentang mimpinya

11 Planet matahari dan bulan sujud kepadanya.

Maka bermulalah flashback cerita dia dari kanak-kanak hingga dia menjadi raja dan mimpinya menjadi kenyataan.

Iaitu kesemua adik-beradiknya sujud kepadanya.

Rupanya movie-movie dalam tv tiru macam dalam cerita yang ALLAH ceritakan dalam Al-Quran.

Mulakan sedikit cerita dan kemudian flashback cerita sebelum ni.

BERSAMBUNG.....


#PenulisNewbie
#PeminatSambalBelacan

Saturday 8 August 2015

TIPS 1JUZUK SEMINGGU



1juzuk=20 Muka surat
1muka surat=15Baris shaja

baca 5Muka surat sehari,

Setiap lepas solat baca 1muka sahaja.

So,habis la satu juzuk.

=======================

P/S Sekadar cadangan.


buat je macam mana pun.
Asalkan boleh habis satu juzuk seminggu.


Setiap orang flexible.dan tak sama.

Seperti mana
ALLAH berfirman 
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ

Surah Hud:ayat 118


#PenulisNewbie
#PeminatSambalBelacan



Friday 7 August 2015

HAFAL NAMA-NAMA SURAH ALQURAN DENGAN NASYID




Makna nama-nama surah di dalam Al-Quran.

1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan)

2. Surah Al-Baqarah (Lembu Betina)

3. Surah Ali ‘Imran (Keluarga Imran)

4. Surah An-Nisaa’ (Wanita)

5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan)

6. Surah Al-An’aam (Binatang Ternakan)

7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tertinggi)

8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang)

9. Surah At-Taubah (Pengampunan)

10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.)

11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.)

12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.)

13. Surah Ar-Ra’d (Guruh)

14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.)

15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu)

16. Surah An-Nahl (Lebah)

17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam)

18. Surah Al-Kahfi (Gua)

19. Surah Maryam (Siti Maryam)

20. Surah Taahaa

21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi)

22. Surah Al-Hajj (Haji)

23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman)

24. Surah An-Nuur (Cahaya)

25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan)

26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair)

27. Surah An-Naml (Semut)

28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita)

29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah)

30. Surah Ar-Rum (Bangsa Rom)

31. Surah Luqman (Luqman)

32. Surah As-Sajdah (Sujud)

33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu)

34. Surah Saba’ (Kaum Saba’)

35. Surah Faatir (Pencipta)

36. Surah Yaasin

37. Surah As-Saaffat (Yang Teratur Berbaris)

38. Surah Saad

39. Surah Az-Zumar (Rombongan)

40. Surah Al-Ghafir / Al-Mu’min (Orang yang Beriman)

41. Surah Fussilat (Dijelaskan)

42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan)

43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas)

44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut / Asap)

45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut)

46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir)

47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad SAW)

48. Surah Al-Fath (Kemenangan)

49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik)

50. Surah Qaaf

51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan)

52. Surah At-Tur (Bukit)

53. Surah An-Najm (Bintang)

54. Surah Al-Qamar (Bulan)

55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah)

56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan)

57. Surah Al-Hadid (Besi)

58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu)

59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran)

60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji)

61. Surah As-Saf (Barisan)

62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat)

63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik)

64. Surah At-Taghabun (Dinampakkan Kesalahan)

65. Surah At-Talaq (Cerai / Talak)

66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan)

67. Surah Al-Mulk (Kerajaan)

68. Surah Al-Qalam (Pena / Kalam)

69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar / Hari Kiamat)

70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik)

71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.)

72. Surah A-Jin (Jin)

73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut)

74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselubung)

75. Surah Al-Qiyaamah (Hari Kebangkitan / Kiamat)

76. Surah Al-Insaan (Manusia)

77. Surah Al-Mursalat (Malaikat Yang Diutus)

78. Surah An-Naba’ (Berita Besar)

79. Surah An-Naazi’aat (Malaikat Yang Mencabut)

80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka)

81. Surah At-Takwiir (Menggulung)

82. Surah Al-Infitar (Terpecah & Terbelah)

83. Surah Al-Mutaffifiin (Golongan yang Curang)

84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah)

85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang)

86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam)

87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi)

88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan)

89. Surah Al-Fajr (Fajar / Sinar Mentari)

90. Surah Al-Balad (Negeri)

91. Surah Asy-Syams (Matahari)

92. Surah Al-Lail (Malam)

93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi)

94. Surah Al-Insyirah/An-Nasyrah (Melapangkan)

95. Surah At-Tin (Buah Tin / Buah Ara)

96. Surah Al-‘Alaq (Segumpal Darah)

97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan)

98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata)

99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan)

100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang)

101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar / Kiamat)

102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah)

103. Surah Al-‘Asr (Masa)

104. Surah Al-Humazah (Pengumpat)

105. Surah Al-Fiil (Gajah)

106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy)

107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna)

108. Surah Al-Kauthar (Sungai Di Syurga)

109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir)

110. Surah An-Nasr (Pertolongan)

111. Surah Al-Masad / Al-Lahab (Nyalaan Api)

112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas / Memurnikan Keesaan Allah)

113. Surah Al-Falaq (Waktu Subuh / Dinihari)

114. Surah An-Naas (Manusia)


#PenulisNewbie
#PeminatSambalBelacan


Wednesday 5 August 2015

Assalamualaikum wrt wbt



ALHAMDULILLAH,
Kerana kita masih diberi peluang oleh ALLAH untuk membaiki segala amalan-amalan kita.

ALLAH juga masih memberi NIKMAT yang paling besar iaitu NIKMAT IMAN DAN ISLAM.

ALHAMDULILLAH.

..............................

Tingkatkan ILMU ALQURAN,

PICIT DI BAWAH NI

http://furqanworks.onpay.my/order/form/tah/119


#PenulisNewbie
#PeminatSambalBelacan
#SambalBelacanGomore

#PedasIsPower

12 TAHUN NIKMAT TIDUR DITARIK



Baru balik dari kelas belajar AlQuran.Nak citer sikit kat korang semua.

Tengah-tengah baca AlQuran tu,sampai la kat surah Al-An'am ayat 60.
Ternampak la hamba Allah ni tulis,Ayat nak bagi tulis.

So,saya tanya dia.
Tulis apa tu,pak cik.Ni ayat nak bagi mudah Tidur.Saya boleh dari seorang ustaz.

Ceritanya macam ni,pd tahun 2009 haritu,
8bulan saya tak boleh.

Terkezuut saya,dibuatnya.

7bulan saya tak boleh di MALAYSIA,sebelum pergi kat Mekah.
sampai kat Mekah,saya ingat boleh tidur.

Lagi teruk adalah,sampai kalau ada orang terlanggar sikit,dah terjatuh.
cubalah adik bayangkan.puas kami jumpa,orang tu orang ni.

semuanya hampa.Akhir sekali.Jumpa ngn dengan orang besar kat Mekah,dia cakap

"mari ikut saya,jumpa tok guru saya;"

Rumah tok guru orang besar ni,atas bukit kat Mekah.Dah la,masa kami naik tu.Tengok kanan,curang tengok kiri curang.sungguh menakutkan.

Sampai je,dekat rumah tok guru tadi,umurnya 80+ tahun.
Dia asal orang Pattani,duduk kat Mekah selama 40 tahun.

Tok guru ni cakap satu je,Awak balik kat Malaysia nanti jumpa la.dengan orang yang boleh bagi asbab awak sihat.

Pak cik ni,balik dengan hampa.tapi dia percaya lagi dengan kata-kata tok guru tadi.

Seminggu lepas tu,Pak cik balik ke Malaysia.Akhir sekali jumpa dengan seorang Ustaz ni.Dia bagi tips nak mudah tidur.solat hajat minta dengan Allah boleh tidur dan sujud terakhir baca Doa NABI YUNUS 40kali.Dan amalkan ayat tadi Surah Al-An'am ayat 60.

Lupa nak cerita,masa sebelum Ustaz bercakap dengan pak cik.Ada seorang gadis 20+ tahun.Dia cakap,dia dah 12 Tahun tak boleh tidur.

Pak cik ni TERKEZZUUTT.Dalam hati pak cik,''Allah,kuatnya ujian dia.aku ni biasa-biasa je."


Selepas dari itu,
Alhamdulillah Pak cik dah boleh tidur macam biasa.

MORAL OF STORY : Kalau Allah tarik Nikmat ni,Bukan harta benda sahaja,Tidur yang kita anggap biasa ni,kalau dia tarik Nikmat boleh tidur.Tak ke tak tenang hidup kita.

So,Bersyukur denganlah dengan Setiap Nikmat yang Allah beri pinjam kepada kita.

ALHAMDULILLAH.


P/S sebenarnya,panjang lagi pak cik ni cerita.ada dekat setengah jam jugak la.Tapi,kalau panjang-panjang boring plak.Eh eh,gurau je,Saya dah letih sebenarnya nak taip panjang-panjang.
................................

PICIT LINK BAWAH NI,

http://furqanworks.onpay.my/order/form/tah/119

kalau nak belajar ilmu ALQURAN.

TAK RUGI BELAJAR ALQURAN.
ALQURAN PENYULUH HIDUP.

#PenulisNewbie
#PeminatSambalBelacan
#SambalBelacanGomore
#PedasIsPower

Tuesday 4 August 2015



RAHSIA ALQURAN BINATANG-BINATANG DALAM ALQURAN Ular فَأَلْقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُّبِينٌ Al-A'raf:107 Unta أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ Al-Ghasiyah:17 Nyamuk إِنَّ اللهَ لَا يَسْتَحْيِي أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً Albaqarah:26 Lembu إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تَذْبَحُوا بَقَرةً Albaqarah:67 Keldai وَالْخَيْلَ وَالْبِغَالَ وَالْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا An-Nahl:8 Gajah أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ Al-Fiil:1 Burung Ababil وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ Al-Fiil:3 Rama-rama يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ Al-Qaari'ah:4 Keldai كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ Al-Muddasiir:50 Singa فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍ Al-Muddasiir:51 Burung Gagak فَبَعَثَ اللهُ غُرَابًا يَبْحَثُ فِي الْأَرْضِ Al-Maidah:31 Labah-labah مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ AlAnkabuut:41 Serigala وَأَخَافُ أَن يَأْكُلَهُ الذِّئْبُ Yusuuf:13 Kuda وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ AlAnfaal:60 Semut حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ AnNaml:18 Biri-biri إِنَّ هَٰذَا أَخِي لَهُ تِسْعٌ وَتِسْعُونَ نَعْجَةً وَلِيَ نَعْجَةٌ وَاحِدَةٌ Shood:23 Anjing فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ Al-A'raf:176 Ikan Paus فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ As-Shoffaat:142 Himar(keldai) كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ Al-Jumaat:5 Lalat إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللهِ لَن يَخْلُقُوا ذُبَابًا Al-Hajj:73 Katak فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ Al-A'raff:133 Burung HudHUd وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ An-Naml:20 Lebah وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ An-Nahl:68 Kutu فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ Al-A'raff:133 Kambing ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ مِّنَ الضَّأْنِ اثْنَيْنِ وَمِنَ الْمَعْزِ اثْنَيْنِ Al-An'am:143 Kera فَلَمَّا عَتَوْا عَن مَّا نُهُوا عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ Al-A'raff:166 Babi إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ Al-Baqarah:173
*Info mengenai ilmu tajwid,anda boleh dapati di link kat bawah ni.

Picit di sini  ------>http://furqanworks.onpay.my/order/form/tah/119 #PenulisNewbie #PeminatSambalBelacan

Monday 3 August 2015

TAJWID

Sering baca Al-Quran tapi hati rasa semacam?
Risau jika ada kesalahan tajwid tapi tidak perasan,
terlepas pandang?
Teruskan membaca kerana kami ingin berkongsi
cara membaca Al-Quran dengan hati lebih yakin, lebih aman.
.
Assalamualaikum w.b.h
Tuan-puan yang saya muliakan,
Ketika membaca Al-Quran, kita kadangkala terdetik,
'Rasa macam ada salah je dalam bacaan ni, tapi di mana ya?'
Alhamdulillah, kita beruntung kerana suka membaca & mengkaji Al-Quran.
Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, kita baca 'at least' semuka-dua Al-Quran.
Jika tidak sempat, kita sanggup ketepikan 'mukabuku' untuk menelaah
semuka-dua Al-Quran di pejabat.
Anak-anak semuanya dihantar mengaji kerana kita yakin,
ia penting. Anak akan 'menjadi' jika Al-Quran mantap di hati.
Semua ini petanda baik kerana kita sedar, Al-Quran merupakan
sumber utama keberkatan hidup dari Tuhan.
Tetapi, dalam keadaan suka baca Al-Quran setiap hari itu, kadang-kala
kita risau,
>> 'betul ke tajwid yang saya baca? Rasa macam ada yang
tak kena tapi tak tahu di mana...'
>> 'Macam mana bunyikan kalimah ni? panjang ke pendek?
dengung ke tidak? ah....hentam sajalah!'
Ada waktunya ketika bertemu kalimah sukar, kita baca 'main agak'. Yelah,
tiada siapa yang boleh tolong 'check' bacaan kita terutamanya ketika baca
Al-Quran sendirian. Tapi hati kita merasa 'macam tak kena' kerana :
>> Silap-silap, bacaan itu tidak betul. Ada makna yang bertukar.
>> Silap-silap, 'Lahnun Jaliy' (kesalahan besar) berlaku.
>> Silap-silap, bacaan Al-Quran yang kita rasakan tepat penuh
dengan kesalahan tidak perasan, terlepas pandang & tidak disengajakan.
>> Silap-silap, bacaan Al-Quran kita pahalanya kurang sebab
banyak berlaku kesalahan.
Benarlah kata ulama, tidak berdosa jika tidak sengaja. Cuma kita
tidak mahulah keadaan 'tidak sengaja' itu berlarutan.
Soalnya, sudahkah kita mengecam
bagaimana & di mana bentuk kesalahannya?
Tuan-puan yang dihormati,
Memang hampir mustahil kita nak camkan sendiri. Kecualilah anda
'super rajin' : rakam bacaan sendiri kemudian dengar semula.
Itupun tidak tentu juga kerana kita tidak cukup ilmu untuk
'detect' kesalahan tajwid.
Kerana itu kami ingin berkongsi sesuatu untuk bantu hilangkan
kerisauan anda. Kami kongsikan 165 bentuk kesalahan yang
paling kerap kita lakukan ketika baca Al-Quran 30 juz
tapi ia jarang disedari.
Pendek kata, ia adalah kesalahan yang kita tidak sedar pun
ia berlaku.
Tempat di mana kita rasa 'saya dah baca betul'
tetapi sebenarnya masih kurang tepat.
..............................................
Dapatkan DVD AMAN HATIKU

Sunday 2 August 2015

SENYUM ITU MAGNET REZEKI

kenapa senyum yang mudah itu Magnet rezeki?
sebelum kita pergi jauh.Mari kita fahami maksud Sedekah.

SEDEKAH.

Sedekah ialah apa sahaja yang kita beri manfaat kepada orang ramai.

Ramai orang ingat Sedekah itu dengan wang Ringgit.

Tidak kan,

kalau kita faham maksud sedekah tadi.

Sebab apa,senyum itu termasuk dalam Sedekah?

Cuba kita bayangkan,

Kita tengah marah.tiba-tiba ada orang senyum kat kita.
Apa yang kita akan rasa?
Mesti marah kita akan jadi berkurangkan.So,Senyum itu memberi manfat kepada kurangnya marah kita tadi.

Bermanfaat kan.

SENYUM ITU SEDEKAH.SMILE IS CHARITY.

Disokong dengan Hadis NABI S.A.W

"Setiap perkara baik menjadi sedekah.Antara perkara baik termasuk engkau bertemu saudaramu dengan muka manis" ( Hadis riwayat Ahmad )


#PenulisNewbie

#PeminatSambalBelacan

ASSALAMUALAIKUM

SMILE


TEKNIK TARIK REZEKI

Cara mudah nak tarik rezeki dengan cara kita senyum seikhlasnya.

JOM TARIK REZEKI DENGAN SENYUM.

Selepas ni,saya akan terangkan kenapa kita perlu senyum.

#PenulisNewbie #Ebook
#PeminatSambalBelacan
#SambalBelacan
#SambalBelacanGomore
#PedasIsPower

Saturday 1 August 2015

RAHSIA HAFAL ALQURAN PALING AWESOME

Pagi ni,saya nak bagi Rahsia Hafal Alquran Paling Awesome.


Sebenarnya,menghafal alquran ni.mudah je.cuma kita sahaja yang tak buat
dan tak tahu..

Sebab apa,saya cakap mudah..

Perasan tak,macam mana kita boleh hafal surah AlFatihah dengan mudah.
siap,kalau orang buat test.

Sila sambung ni, الدين

terus je sambung اياك نعبد واياك نستعين

Test je,dekat mana,hujung atas bawah tengah,

kalau depan gerenti dah boleh jawab.

Semua ni sebabnya kita baca hari-hari,bukan setakat hari-hari.7 kali sehari semalam.
tu,tak termasuk dengan kalau solat-solat sunat lagi..
lagi la banyak kali..


So,

korang semua dah tahu kan.apa lagi jom la hafal quran.

#PenuliSNewbie
#PeminatSambalBelacan

ASSALAMUALAIKUM



Selamat Pagi Semua.

Mulakan Hidup Anda dengan Alquran.

Selamat Bekerja kepada semua yang bekerja hari ni.

Selamat Bercuti kepada yang cuti hari ni.

Semoga hari ini,kita dilimpahkan Rezeki yang melimpah ruah.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Aamiin.

#PenulisNewbie

#PeminatSambalBelacan

114 NAMA SURAH BESERTA MAKNA

Nama-nama surah di dalam Al-Quran beserta MAKNA

1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan)
2. Surah Al-Baqarah (Lembu Betina)
3. Surah Ali ‘Imran (Keluarga Imran)
4. Surah An-Nisaa’ (Wanita)
5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan)
6. Surah Al-An’aam (Binatang Ternakan)
7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tertinggi)
8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang)
9. Surah At-Taubah (Pengampunan)
10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.)
11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.)
12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.)
13. Surah Ar-Ra’d (Guruh)
14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.)
15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu)
16. Surah An-Nahl (Lebah)
17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam)
18. Surah Al-Kahfi (Gua)
19. Surah Maryam (Siti Maryam)
20. Surah Taahaa
21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi)
22. Surah Al-Hajj (Haji)
23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman)
24. Surah An-Nuur (Cahaya)
25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan)
26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair)
27. Surah An-Naml (Semut)
28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita)
29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah)
30. Surah Ar-Rum (Bangsa Rom)
31. Surah Luqman (Luqman)
32. Surah As-Sajdah (Sujud)
33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu)
34. Surah Saba’ (Kaum Saba’)
35. Surah Faatir (Pencipta)
36. Surah Yaasin
37. Surah As-Saaffat (Yang Teratur Berbaris)
38. Surah Saad
39. Surah Az-Zumar (Rombongan)
40. Surah Al-Ghafir / Al-Mu’min (Orang yang Beriman)
41. Surah Fussilat (Dijelaskan)
42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan)
43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas)
44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut / Asap)
45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut)
46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir)
47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
48. Surah Al-Fath (Kemenangan)
49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik)
50. Surah Qaaf
51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan)
52. Surah At-Tur (Bukit)
53. Surah An-Najm (Bintang)
54. Surah Al-Qamar (Bulan)
55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah)
56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan)
57. Surah Al-Hadid (Besi)
58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu)
59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran)
60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji)
61. Surah As-Saf (Barisan)
62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat)
63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik)
64. Surah At-Taghabun (Dinampakkan Kesalahan)
65. Surah At-Talaq (Cerai / Talak)
66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan)
67. Surah Al-Mulk (Kerajaan)
68. Surah Al-Qalam (Pena / Kalam)
69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar / Hari Kiamat)
70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik)
71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.)
72. Surah A-Jin (Jin)
73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut)
74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselubung)
75. Surah Al-Qiyaamah (Hari Kebangkitan / Kiamat)
76. Surah Al-Insaan (Manusia)
77. Surah Al-Mursalat (Malaikat Yang Diutus)
78. Surah An-Naba’ (Berita Besar)
79. Surah An-Naazi’aat (Malaikat Yang Mencabut)
80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka)
81. Surah At-Takwiir (Menggulung)
82. Surah Al-Infitar (Terpecah & Terbelah)
83. Surah Al-Mutaffifiin (Golongan yang Curang)
84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah)
85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang)
86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam)
87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi)
88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan)
89. Surah Al-Fajr (Fajar / Sinar Mentari)
90. Surah Al-Balad (Negeri)
91. Surah Asy-Syams (Matahari)
92. Surah Al-Lail (Malam)
93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi)
94. Surah Al-Insyirah/An-Nasyrah (Melapangkan)
95. Surah At-Tin (Buah Tin / Buah Ara)
96. Surah Al-‘Alaq (Segumpal Darah)
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan)
98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata)
99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan)
100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang)
101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar / Kiamat)
102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah)
103. Surah Al-‘Asr (Masa)
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat)
105. Surah Al-Fiil (Gajah)
106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy)
107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna)
108. Surah Al-Kauthar (Sungai Di Syurga)
109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir)
110. Surah An-Nasr (Pertolongan)
111. Surah Al-Masad / Al-Lahab (Nyalaan Api)
112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas / Memurnikan Keesaan Allah)
113. Surah Al-Falaq (Waktu Subuh / Dinihari)
114. Surah An-Naas (Manusia)

RAHSIA ALQURAN

RAHSIA ALQURAN Di Antara Ilmu-Ilmu Berkaitan Dengan Alquran 1)Ilmu Mawatin AnNuzul
2)Ilmu Awqat AnNuzul
3)Ilmu Tawarikh AnNuzul
4)Ilmu Asbab AnNuzul
5)Ilmu Qiraat
6)Ilmu Tajwid
7)Ilmu Gharibul AlQuran
8)Ilmu Bada'i AlQuran
9)Ilmu I'jaz AlQuran
10)Ilmu I'rab AlQuran
11)Ilmu AlWujuh Wa AnNaza'ir
12)Ilmu AnNaasikh dan AlMansukh
13)Ilmu Makrifah AlMuhkam Wa AlMutasyabih
14)Ilmu Tanasub Ayat AlQuran
15)Ilmu Jidal AlQuran
16)Ilmu Amsaal AlQuran
17)Ilmu Aqsaam AlQuran
18)Ilmu Adab Tilawah AlQuran #PenulisNewbie #PeminatSambalBelacan