Wednesday 30 December 2015

"604 MUKA SURAT..."

"Sebelum saya akhiri kelas pengajian tajwid kita ini, saya nak pesan satu perkara dan harap semua dapat share laju-laju di FB, Whatsapp, Instagram (Media Sosial) atau sampaikan saje benda ini  kepada siapa-siapa sahaja."

"Al-quran ada 30 juzuk dan muka surat terakhirnya ialah 604 m/s."

"Sampaikan ilmu ini kerana apabila orang yang kita sampaikan itu mendapat hidayah dan dia teringatkan kata-kata kita ini. Maka, bermula dari saat itu pahala dia menuntut Ilmu al-quran akan mengalir juga kepada kita."

"Sampaikan mengikut bahasa orang yang kita hendak sampaikan"

Contohnya kalau kawan lama,

"Bro, engko nak taw tak? Quran ada 604 m/s."

"Lepas tu, sembang macam biasa la."


"Baik, ustaz. Saya akan praktikkan."
.
.

"Ahmad, aku nak bagitahu kau ni. Quran ada 604 muka surat."

"Apa? Ulang sekali lagi,"

"Al-quran ada 604 muka surat."

"Kau ni, dah buang tabiat ke apa ni? Tiba-tiba je ni."

"Saje je. Aku ada masuk kelas talaqi alquran bersanad Al-Mukhlisin dan ustaz tu minta aku sampaikan. So, aku sampaikan je. Hehehe"

"Jom la, kita pergi makan."

"Jom."

.
.

"Ali, semalam aku ada google pasal kau cakap semalam. Quran ada 604 muka surat. Memang betul la. Aku rasa macam dah sampai masa la, aku kena belajar quran. Dah lama aku lalai kat tuhan. Boleh kau bawak aku pergi  jumpa ustaz yang ajar kau tak?"

"Boleh sangat-sangat, bro. Esok kita pergi."

Di dalam lubuk hatiku,
"Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.. Kau telah terima doaku selama ini, supaya sahabatku dapat belajar quran. Terima kasih ustaz. Memang betul cakap ustaz. Sampaikanlah ilmu yang kita belajar walaupun sedikit."

................

Moral of story :

Dakwah yang nampak kecil tapi kesannya SUPERB.

Share laju-laju supaya anda dan saya mendapat pahala yang paling mudah.

#UstazAlMukhlisin

Friday 25 December 2015




'BUKU' PEMBUKA SEGALA REZEKI

"Bacalah 'BUKU' yang boleh menambahkan nilai hidup anta."

"Buku? Buku yang jenis macam mana ustaz? Saya belum paham lagi tu, ustaz. Boleh ustaz terangkan lagi supaya saya lebih paham lagi?"

"Al-quran. Saya ibarat ianya sebagai 'buku motivasi', 'buku panduan hidup', 'buku penenang jiwa', 'buku yang Membuka segala REZEKI' yang mana semua orang mencari buku ini dan banyak lagi ibarat yang anta boleh ibaratkan."

"Anta baca dan rasainya sendiri. Tak baca buku ini maka tak rasa NIKMATNYA."

"Al-quran telah banyak menambah nilai hidup saya. Dari satu tahap ke satu tahap, hidup saya berubah. Saya dapat rasakan ini semuanya adalah disebabkan al-quran. Pengalaman itu, belum sampai masanya lagi untuk saya kongsikan kepada anta. InsyaALLAH, sampai masa nanti. Saya akan kongsikan."

"Ok, ustaz. Saya akan buat sekarang.
Terima kasih banyak-banyak ustaz atas nasihatnya."

"Hanya ALLAH saja mampu membalas jasa ustaz ini, walaupun sedikit, tapi saya dapat rasakan kesannya nanti."

"Alhamdulillah."

Saat saya menulis ini, saya muhasabah diri saya, rupanya sudah banyak REZEKI yang ALLAH kurniakan kepada saya disebabkan saya jadikan al-quran sebagai BUKU PEMBUKA REZEKI.

Maafkan saya, kerana saya tidak dapat meneruskan penulisan ini.

Kenapa?

Hanya ALLAH sahaja tahu keadaan saya sekarang. FULLSTOP.

Doa saya supaya anda yang membaca ini dan diri saya, diberikan REZEKI oleh ALLAH, REZEKI MEMBACA QURAN TIAP-TIAP LEPAS SOLAT.

Kerana REZEKI yang Paling 'AWESOME' TERBAIK ialah REZEKI MEMBACA QURAN TIAP-TIAP LEPAS SOLAT.

AAMIIN.
.........................................................................
P/S Baca komen fb saya  sebab saya nak bagi EBOOK pasal ilmu tajwid PERCUMA.

#‎UstazAlMukhlisin‬



Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis coretan saya.

Saya ada buat Contest di status saya.

Tekan link di bawah ini

http://bit.ly/1JyGRJW


TERIMA KASIH kerana sudi nak tekan link di atas ini .

Tuesday 22 December 2015

TAZKIRAH RINGKAS

INGAT MATI...

Ingat mati,
pembasuh hati yang gelisah dan jiwa yang resah. Cukuplah mati sebagai peringatan dan amaran.

Ingat mati,
akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat.

Biarlah mati sentiasa hidup di hati kita.

Semoga kita tergolong dikalangan orang yang selalu ingat mati.

"AAMIIN"

Friday 18 December 2015

MUDAHNYA MENGAJI KALAU ......

==========================

"Rajin betul antum semua ye, hari sabtu pun masih nak belajar lagi. Orang lain hari ni, sedap bercuti"

"Nak buat macam mana ust, orang lain tak pe la, lama dah mula. kitaorang ni, baru nak mula. so, kena usaha lebih sikit. Ustaz kan selalu nasihat dekat kitaorang camtu kan?"

"Hehehe... Kitaorang buat tazkirah dekat ustaz plak."

"Hehehe.. Betul la, tu. Oleh kerana semua masih bersemangat nak belajar."

Orang yang sedang baca penulisan saya pun bersemangat kan?

So, kita sambung pengajian kita. Sebelum tu, kita baca Surah As-somad 3kali. Pahala dia, seperti kita baca 30 juzuk al-quran. Anda pun baca sama ye."

"Jap3.. Macam pelik je bunyi. Rasa-rasa antum, apa yang pelik.?"

"Qalqolah, ustaz. Lupa la ustaz. Banyak sangat kena hafal. Hehehe"

"Kalau saya bagi formula mudah. Nak ke?

"Naakkkk.... Ustaz."
Rasa macam nak pecah dewan yang sebesar boleh muat kapasiti 200 orang ni. Diorang punya semangat. Anda lagi la bersemangat sebab masih membaca.

"BA JU DA QO THO."
"(Baju Da Kotor"

Huruf ba, jim, dhal, qaf, dan tho. Selalunya orang hafal QHO THOBUN JADDUN. Peningkan, sebab bahasa arab. Ni formula bahasa mak nenek kita punya. Hehehe

"Mudah ke mudah?"

"Mudah ustaz."

=======================================
Moral :
Kalau kita bersemangat nak belajar, Allah akan mudahkan kefahaman kepada kita.
Yang payah nk masuk susah sebab tak bersemangat.

Kalau anda dapat sedut aura semangat mereka,

komen "Kami Sudah Sedut Aura AlMukhlisin".

Macam vakum la plak, sedut-sedut ni. Hehehe

#UstazAlMukhlisin

Thursday 17 December 2015

MASIH FOLLOW POSTING SAYA?

=========================

SEVEN

"Ok, semua. Sila bukak quran muka surat 297 Surah Kahfi"

Semua student membelek muka surat 297.

"Dah jumpa?"

"Sudah ustaz."

"Ok, baca."

Semua student membaca ayat pada muka surat 297. Sayut-sayut kedengaran ada orang baca muka surat 298.

"Ahmad, kenapa anta baca muka surat 298?"

"Maaf, ustaz. Saya sebenarnya masih keliru. No 7 dan no 8 dalam bahasa arab."

"Owh... Kenapa tak cakap awal-awal. Mudah je, nak buang kekeliruan anta tu."

"Seven. No berapa?"

"Tujuh ustaz."

"So, anta tengok pada perkataan SEVEN tu, ada huruf "V" kan. So, huruf "V" tu, adalah sama dengan no 7 bagi tulisan arab. Kalau no 8 terbalikkan je."

"Senang tak?"

"Senang la, ustaz."

Pesanan kepada pembaca, jom baca Surah Kahfi.

Kalau anda masih follow saya,
Boleh tak komen kan

"Saya nak lagi, ustaz AlMukhlisin"

Supaya saya kekal bersemangat untuk berkongsi dengan anda.

#UstazAlMukhlisin

Tuesday 15 December 2015

Sesi Muhasabah diri sebelum tidur.

"Hari ni, berapa muka surat aku baca quran?"
Jom kita soal diri kita. Kalau banyak dari kelmarin. Alhamdulillah.

Kalau sebaliknya, tanyalah pada diri. Dosa apakah yang menyebabkan aku tak boleh baca al-quran banyak dari kelmarin?

Jawab pada diri sendiri.

Share lah kepada orang lain supaya anda dapat memberi manfaat kepada orang lain sebelum tidur. Manalah tahu, selepas dia tengok apa yang anda share, terus dia ambil wuduk dan baca quran.

Sesebaik kamu ialah orang yang memberi kepada orang lain.

#UstazAlMukhlisin

Sunday 13 December 2015

2 CERITA BERBEZA HASILNYA SAMA-SAMA SUPERB

Tut tut tut.
Bunyi whatsapp masuk.

"Ustaz free ke esok? Saya ada hal nak jumpa dengan ustaz. Kita jumpa di Restoran Mad Nasi Kukus deh."

Saya membalas dengan smiley. Ok.

"Ustaz, terima kasih banyak-banyak. Saya terus praktik apa yang ustaz cakapkan. Sekarang hati saya rasa bahagia. Walaupun belum sampai tempoh seminggu, tapi saya dapat rasakan hasil yang memang superb nanti"

"Alhamdulillah. Semoga ianya berterusan."

Aamiin.

"Silakan makan, ustaz."

"Mak Cik Yah pun Makan sekali ye, rugi taw.. Kalau Mak Cik Yah tak makan. Kat sini, nasi kukus tersohor di kelantan"

''Ok ustaz.''

https://www.facebook.com/shafiz.zulfika/posts/980954358631707?notif_t=like

........................................................

Semalam, ramai pm saya untuk ucapkan terima kasih, disebabkan cerita yang saya share semalam telah membuahkan hasil yang superb, walaupun belum sampai tempoh yang saya bagitahu.

https://www.facebook.com/shafiz.zulfika/posts/980954358631707?notif_t=like

Saya share sedikit, seorang hamba Allah yang pm saya.

"Assalamualaikum wrt wbt ustaz, Saya Puan Lela (bukan nama sebenar, nama dirahsiakan).  terima kasih banyak-banyak ustaz. Cerita yang ustaz share semalam telah membuka jalan kepada saya. Sudah lama saya mencari, apa yang menyebabkan aku macam ini. Tiap-tiap hari ada je masalah. Tiap-tiap hari ada je, bocor duit. kena bayar itu la. kena bayar ini la. Yang terbaru, sebelum membaca posting ustaz, saya kena saman. Aduh! pening kepala dibuatnya."

"Sekarang, lega rasanya. Saya rasa bahagia. Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi ye, ustaz. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa ustaz. Saya akan selalu follow ustaz lepas ni."

"Terima kasih kembali. Semoga Allah mudahkan urusan puan Lela (bukan nama sebenar, nama dirahsiakan). InsyaAllah, saya akan bagi yang terbaik.

Moral of the story

Menulis di fb itu ada manfaatnya.
Likes posting orang ada manfaatnya.
Share dekat kawan lain ada manfaatnya.
Manfaatnya, anda akan perolehinya nanti. Masa yang menentukannya bila.

#UstazAlMukhlisin

Saturday 12 December 2015

"Kenapa Mak Cik Yah menangis?"
Mak Cik Yah mengesat air matanya sambil menutup al-quran.

"Tak ada apa-apa ust."

Mak Cik Yah macam ada masalah je. Kongsi lah ngan saya, InsyaALLAH, kalau saya boleh bantu, saya akan bantu.

"Ok la, ustaz. Dua tiga hari ni, saya selalu ada masalah. Kehidupan saya semakin susah. Duit semakin hari semakin bocor. Saya duk fikir, saya semakin jauh dengan Allah. Jadi, saya teringat ustaz pernah cakap dekat saya haritu kan. Kalau nak banyak kebahagiaan kena banyak baca quran. Apa ustaz cakap, haritu.

"KADAR KEBAHAGIAAN SESEORANG BERGANTUNG KEPADA KADAR BACAAN AL-QURAN SESEORANG ITU"

"Betul tu. Mak Cik Yah."

"Saya nak bagitahu dekat ustaz, sudah setahun saya tak khatam (habis baca 30 juzuk) dan kadang-kadang sebulan sekali baru sentuh al-quran itupun baca 3 Qul."

"Boleh tak ustaz, bagi tips dekat saya macam mana nak baca khatam al-quran 3 bulan sekali pun tak pe dah."

"Boleh sangat-sangat. Nak tips mudah ke payah?"

"Tips mudah dan berkesan ustaz."

"Ok. Mulakan dengan membelek sehelai-sehelai al-quran tiap-tiap pagi sambil doa supaya ALLAH membuka Rezeki boleh khatam al-quran selama 3 bulan sekali."

"Kalau Mak Cik Yah nak khatam sebulan sekali, sebut sebulan sekali."

Buat macam ini, selama seminggu. InsyaALLAH Mak Cik Yah akan nampak hasilnya.

"Hasil mula-mula, Mak Cik Yah akan boleh khatam 3 bulan sekali dan hasil yang paling utama kadar Kebahagiaan Hidup Mak Cik Yah akan bertambah."

Aamiin

"Terima kasih ustaz."

"Sama-sama."

=========================

Moral of story : Kalau nak banyak kadar kebahagiaan hidup kena banyak baca al-quran.

Tips kalau nak mula khatam al-quran.
Mulakan dengan membelek sehelai-sehelai al-quran sambil doa khusus bila aku nk khatam quran.

#UstazAlMukhlisin

Thursday 10 December 2015

SCAN JANTUNG

"Ustaz, macam mana kita nak tahu hati kita Bersih ke tak?"

"Pergi hospital, cakap dekat dia nk scan jantung saya ni bersih ke tak?"

"Mana boleh ustaz"

"Hehe. Gurau je la. Serius molek muka demo Mad."

"Macam ni, Mad. Sayyidina Usman ada bagitahu macam mana nak kenal bersih ke tidak hati kita."

"Andai hati kalian Bersih, maka kalian tidak akan pernah merasa kenyang (bosan) dari membaca al-quran."

"MasyaALLAH, ustaz. Jauh lagi la, saya ni. Ustaz ye."

"Kita sama-sama doa-doa supaya ALLAH bagi rezeki untuk membaca al-quran setiap kali selepas solat."

Aamiin

====================

Hari jumaat mulia ni, jom kita banyakkan membaca al-quran.

#UstazAlMukhlisin

Friday 4 December 2015

ZIKIRKU SHODAQA ALLAHUL AZDIM

"Umi, cantiknya umi. Umi ke ni?"

"Ye, umi la ni, wahai alongku sayang."

"Kita dekat mana ni?"

"Kita di syurga, along."

"Syurga? Macam mana, umi boleh masuk syurga? Setahu along, umi punya amalan biasa je. Bukan ke umi, tak pandai baca quran masa di dunia."

"Betul, along. Amalan umi tak banyak, dan umi jahil. Tapi, amalan yang buatkan umi masuk syurga ialah setiap hari umi akan khatam quran dengan hanya membelek helaian quran sambil menyebut shodaqa Allahul adzim (benarlah kata-kata Allah)
maksudnya, Allah tidak pernah menipu walaupun satu ayat bahkan satu huruf."

"Setiap kali, umi membelek helaian quran dan menyebut sodoqa Allahul adzim, setiap kali itu juga umi menangis. Along boleh tengok quran umi di dalam bilik solat umi."

"Aku pun tersedar dari mimpi indahku. Dan terus pergi ke bilik solat umi."

Masya ALLAH. Quran umi penuh dengan kesan air mata.

Dalam hatiku, umi doakan along dapat bersama umi nanti ye. Along akan baca quran 3 juzuk dan lebih lagi setiap hari.
...................

Moral of story, kalau orang yang tak boleh baca quran pun boleh masuk syurga disebabkan kesungguhan dia walaupun dengan hanya menyebut shodaqa Allahul adzim.

Kita yang terer baca quran ni, kenapa tidak curi masa untuk membaca quran.

Orang yang baru belajar baca quran, jangan putus asa. Allah tidak nilai kepada hasil kita tapi kesungguhan kita.

Yang belum mula. Mulakan sekarang. Kita tidak tahu bila ajal kita.

#UstazAlMukhlisin

Friday 30 October 2015

KELEBIHAN-KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat. Orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya. Oorang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, dia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf dan mim adalah satu huruf.” (HR Tirmizi)

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Bacalah Al Qur'an kerana pada hari kiamat nanti Al Qur'an akan memberikan syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim)

Sunday 18 October 2015

TEKA TEKI SELEPAS BREAKFAST 

Ustaz : Man, ustaz nak tanya awak ni, kalau dapat jawab saya belanja makan tengah hari plak.

Man : Boleh-boleh, ustaz. Saya suka tang ni. Hehehe

Ustaz : Perkataan Bismillahirrahmaanirrahim ada 114 kali dalam Quran. 113 di permulaan surah. Sebabnya surah At-Taubah tidak dibaca dengan Bismillahirrahmaanirrahiim.
Satu lagi dekat mana?

Man : Alah ustaz, payah sangat soalan dia. 

Ustaz : Cancel belanja. Hehehe
Soalan senang pun, tak dapat jawab. Dekat surah An-Naml  ayat 30. 

Man : Kena prepare banyak lagi ni, nanti kalau dapat jawab soalan ustaz, boleh makan free kan? Hehe

Ustaz : Hehe, insyaALLAH.

#UstazAlMukhlisin


http://almukhlisin.my

Saturday 17 October 2015

KAJI AL-FATIHAH

Pagi ni, nk share sikit sebelum masuk kerja.
Pernah tak, sahabat-sahabat mengkaji surah Al-Fatihah?

Kenapa saya bertanya macam tu?

Kerana 

Surah Al-Fatihah ialah surah yang kita baca 17 kali sehari semalam. So, tak kanlah tak terdetik rasa nak mengkajinya.


Huruf hijaiyyah (huruf bahasa arab), huruf hijaiiyah ada 28 huruf alif sampai ya. Kalau kita kira semua hijaiiyah, kita akan dapati ada tujuh huruf yang tak ada di dalam surah Al-Fatihah.

Huruf apa ye, sahabat-sahabat?

Jom kira.

#UstazAlMukhlisin

http://almukhlisin.my/



Friday 16 October 2015

SAMBUNGAN SURAH KAHFI

Alhamdulillah, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berminat nak mengetahui fitnah yang kedua dalam surah kahfi.




Fitnah Harta: Kisah pemilik dua kebun yang kaya. Allah SWT telah memberikan kepadanya segala apa yang dikehendakinya. Tetapi dia kufur dan ingkar terhadap hari kebangkitan. Lalu Allah SWT membinasakan dua bidang kebun itu.

Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:
وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِرًا (45) الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46)
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (al-Kahfi: 45-46)

Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah harta ialah dengan menyedari tentang hakikat dunia dan mengingati akhirat.

Adakah perkongsian di atas memberi manfaat kepada sahabat-sahabat?

#UstazAlMukhlisin


http://almukhlisin.my

Thursday 15 October 2015

SURAH KAHFI

Di dalam al-quran, terdapat 5 surah yang dimulakan Alhamdulillah. 

Surah kahfi adalah salah satu surah yang dimulakan dengan Alhamdulillah.

Di dalamnya, terdapat 4 kisah dan 4 fitnah.

1) Fitnah pada agama: Kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua)

2) Fitnah harta: Kisah pemilik dua kebun

3) Fitnah ilmu: Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhir

4) Fitnah kuasa: Kisah Zul Qarnain

Setiap daripada fitnah ini, ada disebutkan juga ayat pelindungnya.

Fitnah pertama ialah ;

Fitnah pada agama: Kisah pemuda yang berlindung di dalam gua daripada pemerintah yang zalim. Lalu berlaku perkara yang menakjubkan. Mereka tinggal di dalam gua selama lebih 300 tahun.

Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:

اصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (al-Kahfi: 28)

Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah pada agama adalah dengan berdamping dengan orang-orang soleh dan menghindari perhiasan hidup di dunia yang memperdayakan.

Ada ke, yang nak saya share fitnah dan ayat pelindung yang seterusnya?
Boleh komen kat bawah ni.

#UstazAlMukhlisin


http://almukhlisin.my

Tuesday 13 October 2015

Selamat tinggal 1437

Selamat menempuhi 1436 kepada sahabat-sahabat semua.

Apa azam dan cita-cita sahabat semua?

Boleh share kat sini tak, supaya saya dan sahabat-sahabat lain boleh tolong doakan juga.

Kita hanya merancang dan berniat, yang mengaturkan dan memberikan adalah YANG MAHA MERANCANG.

#UstazAlMukhlisin


http://almukhlisin.my

Sunday 11 October 2015

SOALAN LAMA YANG TERJAWAB

"Ya Allah rezekikanlah kepada kami untuk membaca Al-Quran di waktu pagi dan di waktu malam"

Sahabat-sahabat mesti pernah dengar doa ni kan. Bahkan, ada yang selalu membaca doa ini.

Bertahun-tahun lamanya saya perhatikan doa ini.

Kenapa, dia memohon doa supaya Allah memberi rezeki dapat membaca al-quran diwaktu pagi dan malam?

Setelah bertahun-tahun berfikir, akhirnya Allah memberi kefahaman kepada saya.

Rupa-rupanya, boleh membaca al-quran itu sebenarnya Rezeki.

Jadi, sebab itulah bukan semua orang dapat membaca al-quran diwaktu pagi dan malam, walaupun dia boleh membaca al-quran.

Jadi,

Sapa-sapa yang dia boleh baca al-quran diwaktu pagi dan malam bersyukulah. 

Kerana, 

kamu adalah termasuk dalam golongan orang yang diberi rezeki atau nikmat olehNYA.

ALHAMDULILLAH.

#UstazAlMukhlisin


http://almukhlisin.my







Thursday 8 October 2015

TADABBUR @ KAJI SURAH KAHFI

Jangan lupa hari ini baca Al-quran.

Kalau tak sempat baca, mari kita kaji @ tadabbur surah Kahfi.

Dalam surah kahfi ada disebut, apabila nak buat sesuatu perkara, jangan kita cakap, aku akan buat perkara itu esok, tetapi cakaplah 

INSYAALLAH, aku akan buat perkara itu.

Jom, kaji @ tadabbur lagi al-quran.

#UstazAlMukhlisin

http://almukhlisin.my




Saturday 3 October 2015

Pesan Tok Guru kalau nak kahwin

http://almukhlisin.my

Wednesday 30 September 2015

Assalamualaikum wrt wbt 

Selamat Pagi semua.

Saya doakan anda semua dipermudahkan segala urusan.

Mulakan hari ini dengan bersyukur kepadaNYA.

Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad.

#UstazAlMukhlisin


http://almukhlisin.my

Tuesday 29 September 2015

NAMPAK SAMA TAPI TAK SAMA

Pagi ini, diberi rezeki oleh ALLAH untuk baca al-quran.

Bukan selalu dapat rezeki ini.
Sebab itu, dalam doa khatam quran ada sebut

"...Rezekikanlah kepada kami untuk membaca al-quran diwaktu malam dan waktu pagi.."

ALHAMDULILLAH.

Bukan setakat itu sahaja, pagi ini juga dapat ilmu bahasa arab.

Rupa-rupanya, walaupun huruf sama baris berbeza memberi makna lain.

 ثُمَّ-kemudian
ثَمَّ-Di sana

Contoh dalam 

Surah Al-Syu'ara'
Ayat 64 dan ayat 66 
Muka surat 370

#UstazAlMukhlisin


Sunday 27 September 2015

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT.

Semalam ada dengar seorang ustaz cerita pasal seorang pak cik tua yang dia istiqamah atau konsisten menyampaikan satu ilmu sehingga dia mati.

Satu ilmu yang dia sampaikan ialah :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

كلمتان خفيفتان على اللسان ثقيلتان فى الميزان حبيبتان إلى الرحمان 

سبحان الله وبحمده 
سبحان الله العظيم

Nabi S.A.W bersabda,

Dua kalimah yang ringan di mulut berat di timbangan mizan akhirat yang disukai oleh ALLAH 

Subhana ALLAHi wabihamdihi
Subhana ALLAHil 'Azhiim.

#UstazAlMukhlisin


http://almukhlisin.my

Sunday 20 September 2015

INGATAN BERSAMA

'Hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah pada kejahatan...

Jika sebaliknya berlaku dan terjadi, itu tandanya 'hatinya sakit'.

Dan jika hati kita sakit, 
Marilah sama-sama kita beristighfar @ minta ampun kepadaNYA.

Kerana,

Jika kita minta ampun @ beristighfar kepadanya, maka banyaklah nikmat/rezeki yang dia akan kurniakan kepada kita.

Janjinya dalam surah Nuh ayat 10-12


#UstazAlMukhlisin

Friday 18 September 2015

🚣🚣🚣8 PAHALA BERTERUSAN🚣🚣🚣

➡️1⃣Mendirikan masjid
-Sentiasa mendapat pahala selagi masjid itu digunakan untuk beribadat
➡️2⃣Menanam tanaman🌴🌲🌳🌰🌻🌹🌱
-Selagi ada yang memakannya samada manusia atau haiwan
➡️3⃣Mengalirkan air sungai
-Selagi ada yang mengalirkannya
➡️4⃣Menulis Mushaf (Al-Quran)
-Selagi ada yang membacanya
➡️5⃣Mengajar ilmu berguna
-Selagi diamalkan oleh orang yang mempelajarinya
➡️6⃣Anak yang soleh👳👳
-Yang selalu beristighfar dan mendoakan kedua ibubapanya
➡️7⃣Menggali perigi
-Selagi ada yang menggunakannya
➡️8⃣Guru Al-Quran
-Yang mengamalkan Al-Quran yang diajar oleh gurunya

🔥🔥🔥10 CARTA DOSA🔥🔥🔥

➡️1⃣Meninggalkan solat
-Neraka Saqar menunggu
➡️2⃣Melewatkan solat
-Neraka Wail menunggu
➡️3⃣Meringankan Syariat
-Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
➡️4⃣Mengumpat peribadi orang
-Gunting neraka diasah
➡️5⃣Menyebarkan fitnah
-Duri-duri memenuhi anda di neraka
➡️6⃣Tidak menjaga pergaulan
-Libasan api neraka dijanjikan
➡️7⃣Tidak berakhalak dengan manusia
-Kemurkaan ALLAH bersamamu
➡️8⃣Menyakiti orang dengan lisan
-Masuklah mana-mana pintu neraka
➡️9⃣Meringankan amalan
-Angkatlah seberkas kayu dari neraka
➡️🔟Bersangka Buruk
-Amalan baik diambil orang

JOM KITA "CSI"KAN SURAH KAHFI

Surah Kahfi 

-110 ayat
-Turutan surah yang ke-18
-Surah Makkiyah. Iaitu surah yang diturunkan di Mekah.

Persoalan??

Kenapa dimulakan dalam surah ini dengan memuji ALLAH?

Kerana,

Kita memang sepatutnya memuji ALLAH kerana sekiranya, tidak diturunkan Al-Quran ini kepada kita, nescaya kita akan sesat selama-lamanya.


#UstazAlMukhlisin

Jom belajar Makhraj

Assalamualaikum semua...



Jom kita belajar makhraj huruf..





Saturday 12 September 2015

TAKE 5



Pagi ni, saya kena ambil masa 5 minit untuk sharing sesuatu dengan sahabat-sahabat semua
.

Nak share sikit je, dengan sahabat-sahabat semua
.
.
Dalam Al-Quran ada 2 tempat yang mana satu ayat itu ada semua huruf hijaiyyah (huruf bahasa arab)
.
.
Tempat pertama :
Surah Al-Imran ayat 154


Tempat kedua :
Surah  Al-Fath ayat 29
.
.

Maaf ye, sebab tak sempat nak share sesuatu kelmarin
.
.
Cuba sahabat-sahabat semua tengok kat dua tempat tu dan try kira, betul ke tak?

#UstazAlMukhlisin


Friday 11 September 2015

ALHAMDULILLAH

Surah yang bermula dengan Alhamdulillah ada 5 kali di dalam Al-Quran

1)Al-Fatihah
2)Al-An'am
3)Al-Kahfi
4)Saba'
5)Fathir

Ucapkanlah Alhamdulillah di atas setiap nikmat yang kita kecapi.

#UstazAlMukhlisin

http://almukhlisin.my

SESI ULANGKAJI KAHFI



Selesai sahaja baca surah kahfi tengahhari tadi. Tiba-tiba bunyi telefon berdering.

Anas : Assalamualaikum, zulfika. Sibuk ke? Aku ni Anas.

Zulfika : waalaikumusslam. Tak de la. Baru sudah baca kahfi ni. Ada apa tu?

Anas : Owh.. Tepat pada waktunya, aku tepon kau ni. Aku ada nak tanya kau pasal tanda pada awal surah kahfi. Ada huruf siin atas tanda wakaf. Apa maknanya?

Zulfika : Owh.. Pasal tanda tu ye.

Tanda huruf siin itu, bermaksud saktah.

Saktah ini terjadi apabila kita sambung pada ayat 1- 2.

Saktah ialah kita menahan nafas kita buat seketika.

Ulamak menyebut, kadar saktah ialah kita menahan nafas kita selama 2 saat.

Paham kan, Anas?

Anas : Alhamdulillah, faham. Alfu syukran ye.
Malam ni, futsal boleh ke tak?

Zulfika : Alhamdulillah. Sama-sama. Confirm la boleh. InsyaALLAH. Jumpa malam ni ye.

Anas : Ok.

#UstazAlMukhlisin

http://almukhlisin.my

Sunday 6 September 2015

⚠️ Hutang Dhuha

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.
Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”
Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Hutang Dhuha

❤️Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…

❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat dhuha

❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?

❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya
Jom mengajak orang semua mendirikan solat dhuha setiap hari..biiznillah.

Sunday 30 August 2015

TADABBUR QUR’ANI REZEKI ALLAH



وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh)” (QS. Huud: 6)

RUTIN HARIANKU ALQURAN



Jom kita jadikan bacaan Alquran sebagai rutin harian kita.

Sepertimana kita jadikan surat khabar sebagai rutin harian kita.

Rasai dan alamilah sendiri ketenangannya.

#UstazAlMukhlisin

HIDAYAH


HAdiah paling besar Allah kurniakan kepada manusia ialah hidayah.


#UstazAlMukhlisin

SALAM BAHAGIA

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

#UstazAlMukhlisin

Tuesday 25 August 2015

ILMU ALQURAN



Malam ni, baru berkesempatan nak share Ilmu Quran. Sibuk sikit. Dua tiga hari ni.

1-Al-Quran diturunkan dalam tempoh 23 tahun.

2-Ayat Al-Quran diturunkan di Mekah selama 13 tahun.

3-Ayat Al-Quran diturunkan di Madinah selama 10 tahun.

4-Jumlah Juzuk dalam Al-Quran 30 Juzuk.

5-Jumlah Hizib dalam Al-Quran 60 Hizib.


#UstazAlMukhlisin

FORMULA HAMZAH WASAL



Hamzah wasal selepas dia huruf lam mati

Maka , Hamzah wasal dibaca

=Baris atas

Hamzah wasal selepas dia selain huruf lam mati

maka, kita kena tengok huruf yang ketiga 
(huruf yang ketiga dibilang dari hamzah wasal)

1)huruf yang ketiga berbaris atas@bawah

Maka , hamzah wasal dibaca

=baris bawah

CONTOH 
اصْلَوْهَا الْيَوْمَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ
Surah yaasin ayat 64

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
Surah Al-Fajr ayat 28

2)huruf yang ketiga berbaris depan (baris depan asal)

Maka, hamzah wasal dibaca 

=baris depan

CONTOH 

احْشُرُوا الَّذِينَ ظَلَمُوا وَأَزْوَاجَهُمْ وَمَا كَانُوا
 يَعْبُدُونَ
Surah As-Shoffat ayat 22


#UstazAlMukhlisin

BELAJAR BAHASA ARAB



DALAM BAHASA ARAB ADA 4 KATA "AMIN" YANG BERBEZA MAKNA

AMIN ( أَمِن )=AMAN

AAMIN ( آمِن ) =Minta Perlindungan

AMIIN ( أمِين ) = JUJUR

AAMIIN ( آمِين )=YA ALLAH, KABULKAN DOA KAMI


#UstazAlMukhlisin

Tuesday 18 August 2015

MAKAN TENGAH HARI



"Menuntut ilmu adalah taqwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang ulang ilmu adalah zikir,mencari ilmu adalah jihad" [Al-Ghazali]

Jadi,saya memilih untuk menyampaikan ilmu.

KELEBIHAN MEMBACA ALQURAN

Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#UstazAlMukhlisin



Sunday 16 August 2015

ILMU AGAMA DI MANA-MANA



ALI : Hebat ust sumbat gol tadi.

Ustaz Mad : Dah lama saya tak main bola ni. Ada la dekat 3 tahun.

Ali : Perghh!!! 3 tahun tak main, tapi stii Power ye ust. Tabik spring la.

Ustaz Mad : Ye la tu, saya nak sambung pasal haritu. Biografi Hafs. Imam qiraat bagi bacaan di Malaysia dan negara-negara lain.

Nama Hafs ialah Hafs bin Sulaiman bin Al-Mughirah.
Dia orang Kufah.Dia lahir pada 90 Hijrah. Wafat 180 Hijrah. Jadi berapa umur dia Ali.

Ali :180-90, senang je ust. 90 tahun.

Ustaz Mad : Gadak.

(Ali, masuk ni. Tak ada orang nak keeper ni)
Bunyi panggilan dari dalam gelanggang futsal.

Ali : Ustaz masuk dulu la. Saya dah pancit ni.

Ustaz : Aiwah3. 

Sapa nak saya share lagi pasal ilmu
Say,"Ana".


Saturday 15 August 2015

GURAU SENDA BERILMU

Ali : Ust, sedap la makan pulut durian semalam ye. Favourite saya tu.

Ustaz Mad : Apa la , awak ni. Ingatkan nak bagitahu sedap forum Qiraat semalam.

Ali : Gurau je ust. Share la sikit ust. Satu pun, saya tak faham.

Ustaz Mad : Ye la tu. Macam ni,
semalam dia bincang pasal apa itu QIRAAT.

QIRAAT dari segi bahasa:
 berasal dari perkataan jama' قراءة iaitu berasal dari masdar atau kata terbitan قرأ yang bermaksud bacaan. 

Manakala dari segi istilah,

 QIRAAT merupakan suatu ilmu yang membincangkan tentang cara-cara menyebut kalimah al-Qur'an bersandarkan dari ulama'-ulama' qiraat. Ia juga merupakan satu bentuk bahasa dan sebutan yang diharuskan oleh Allah ta'ala untuk membaca al-Qur'an dengannya sebagai kemudahan kepada hambanya untuk beribadah.
Ilmu qiraat hanya membincangkan tentang kalimah-kalimah yang terdapat dalam al-Qur'an sahaja, iaitu dari segi keadaan-keadaan menyebut dengannya dan cara-cara bacaannya. 

CONTOHNYA:

apabila setiap huruf alif yang ditukarkan kepada huruf ya, Imam Hamzah, Kisaie, dan Kholaf akan membaca dengan imalah dan Imam Warsy akn membaca dengan taqlil dengan khilaf, seperti pada kalimah والضحى ، الهدى .  

CONTOH LAIN :

apabila setiap huruf ra' yang berbaris fathah atau kasrah yang terletak selepas huruf yang berharakat kasrah atau ya' yang sukun, Imam Warsy akan membaca dengan nipis. Contohnya خير ، لن نصبر dan sebagainya.

Ali : Maaf mencelah di tengah jalan highway kejap.

Ustaz Mad :Ada-ada je awak ni. (hehe) Apa dia?

 Ali : (hehe)Qiraat yang kita baca nama imam apa ustaz?

Ustaz Mad : Riwayat Imam Hafs 'an 
'Asim berlandaskan thoriq As-syatibiyyah. Biografi dia nanti ustaz cerita lain ye. 
Ustaz nak pergi di Bank.

Ali : Jangan lupa belanja saya ustaz, tengah hari ni. Nasi ulam Cikgu cicah Sambal Belacan Hotzzz ustaz. (Hehe)
Gurau je ustaz.

Ustaz Mad : Tengah hari nanti saya call awak. hehe (Senyum tanda setuju)
assalamualaikum


 Ali : Ok, ustaz. Waalaikumussalam.


#UstazAlMukhlisin