Sunday 14 February 2016

KU MENANTI MALAIKAT IZRAIL

"25 tahun saya tak sentuh Al-Quran,"kata Hj Man memulakan bicaranya.

"Ustaz nak tahu tak, bagaimana saya boleh start mengaji Al-Quran hinggalah jumpa ustaz.

Saya mengangguk tanda tak sabar nak dengar cerita yang akan memberi inspirasi kepada saya dan orang membaca sekarang.

"Begini ustaz. Seperti yang ustaz kenal. Saya ni, semua benda saya dah ada. Kereta, rumah, anak, isteri dan banyak lagi Nikmat yang Allah bagi dekat saya. Tapi, satu je lagi yang saya belum dapat kecapinya ustaz. Nikmat Ketenangan Hidup. Luaran orang nampak saya bahagia. Senyum sentiasa. Tapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu, ustaz."

Hinggalah, pada suatu malam yang Allah nak bagi Hidayah kepada saya.
Saya tak dapat tidur. Puas saya pejamkan mata. Tapi, tidak juga dapat menutup mata ini. Hinggakan dalam hati ini, tak henti zikirkan "Bilalah malaikat Izrail nak ambil nyawa aku ni?". Hinggalah pada pukul 4 pagi saya tertidur.

Dup.. Dup.. Dup.. Saya pukul dada saya. "Aku masih hidup lagi ke ni?"
"Aku masih hidup lagi ke ni?. Saya tersedar. Saya memandang ke arah jam yang menunjukkan pukul 6 pagi. Saya bergegas ambil wuduk dan solat. Hari itu juga, saya pergi jumpa ustaz-ustaz dan menanyakan apa yang berlaku sebenarnya.

Salah seorang ustaz menasihati saya. "Hj Man dah wajib belajar Al-Quran dah tu. Allah dah bagi Warning. Dan Allah nak bagi Hidayah."

Mulai saat itu, saya mula mencari guru dan setiap hari saya membaca Al-Quran ustaz. Dalam tempoh ini, saya teringatkan kata-kata arwah ayah saya. "Abang Long kena cari Guru untuk ajar Abang Long mengaji." Masa tu, saya buat dengar tak dengar je. Memang betul la, apa yang ulamak cakap, ustaz. Iman tidak boleh diwarisi dan dijual beli. Untuk pengetahuan ustaz. Ayah, Atuk, Moyang, Moyang kepada Moyang saya Tok Guru ngaji Al-Quran. Tapi, kami adik beradik semuanya tak pandai baca Al-Quran.

Saya terus belajar dan mengaji Al-Quran. Hinggakan isteri saya, tertanya-tanya. "Bang, saya tengok awak ni. Rajin betul ngaji Al-Quran. Eh.. Eh.. Lupa pulak. Kita kan nak pergi Mekah. Kan, bang ye?"
Saya diam, je. Sehinggalah di Mekah, saya menceritakan kepada isteri saya. Selepas balik dari Mekah. Saya terus hantar isteri saya ke rumah ustazah. Saya minta dia ajarkan isteri saya. Kami terus belajar dan mencari Guru Al-Quran. Hinggalah jumpa ustaz AlMukhlisin. Mulai dari saat itu, saya dapat membeli ketenangan dengan Al-Quran. Memang best ustaz. Ustaz tolong doakan saya supaya sentiasa mendapat Hidayah dari Allah.

Hati saya, tiba-tiba berasa berdebar. Sambil-sambil menahan air mata keluar. Cerita Hj Man tadi memang betul-betul memberi inspirasi buat saya untuk kuat semangat memberi manfaat kepada orang lain lagi dengan berkongsi ilmu Al-Quran.

Pada pukul 2.30 pagi saya menulis cerita ini. Semoga ianya juga memberi inspirasi kepada anda. Jika anda sudah konsisten membaca al-quran, diharapkan anda lebih bersemangat lagi. Jika anda masih belum memulakan belajar atau membaca al-quran, saya harap cerita tadi memberi inspirasi kepada anda.

Ya Allah, kau berikanlah Hidayah kepada kami dengan Hidayah Al-Quran.
Aamiin.

JOIN FB GROUP -->> Al-Quran Pembuka Rezeki

#SantapanPagiByUstazAlMukhlisin

No comments:

Post a Comment