Thursday 15 October 2015

SURAH KAHFI

Di dalam al-quran, terdapat 5 surah yang dimulakan Alhamdulillah. 

Surah kahfi adalah salah satu surah yang dimulakan dengan Alhamdulillah.

Di dalamnya, terdapat 4 kisah dan 4 fitnah.

1) Fitnah pada agama: Kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua)

2) Fitnah harta: Kisah pemilik dua kebun

3) Fitnah ilmu: Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhir

4) Fitnah kuasa: Kisah Zul Qarnain

Setiap daripada fitnah ini, ada disebutkan juga ayat pelindungnya.

Fitnah pertama ialah ;

Fitnah pada agama: Kisah pemuda yang berlindung di dalam gua daripada pemerintah yang zalim. Lalu berlaku perkara yang menakjubkan. Mereka tinggal di dalam gua selama lebih 300 tahun.

Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:

اصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (al-Kahfi: 28)

Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah pada agama adalah dengan berdamping dengan orang-orang soleh dan menghindari perhiasan hidup di dunia yang memperdayakan.

Ada ke, yang nak saya share fitnah dan ayat pelindung yang seterusnya?
Boleh komen kat bawah ni.

#UstazAlMukhlisin


http://almukhlisin.my

No comments:

Post a Comment